Slide 1 Slide 2 Slide 4 Slide 5 Slide 5 Slide 5 Slide 5

Buletin Berjaya

PLM Berjaya di SMK Sultanah Engku Tun Aminah

Melahirkan pemandu yang kompeten adalah menjadi salah satu polisi kualiti bagi PLM Berjaya. Bagi mencapai tujuan tersebut, pada 8 Oktober 2007 baru-baru ini, PLM Berjaya telah mengadakan satu sesi Ceramah Keselamatan Jalanraya di SMK Sultanah Engku Tun Aminah (SETA) Johor Bahru. Ceramah tersebut merupakan anjuran pihak pengurusan SMK SETA untuk pelajar-pelajar Tingkatan 3 yang baru sahaja selesai menjalani peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Ia mendapat sambutan dari lebih 150 orang pelajar sekolah tersebut. Sesi ceramah yang bermula pada jam 9.30 pagi dan berakhir kira-kira jam 12.00 tengahari itu disampaikan oleh wakil penceramah PLM Berjaya iaitu En. Nor Azhar Bin Haron.

Ceramah tersebut bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada pelajar-pelajar tentang keselamatan jalanraya, peraturan pejalan kaki, peraturan ketika menunggang basikal dan motosikal, dan lain-lain peraturan berkaitan keselamatan jalanraya. Selain itu ia juga dapat memberi kesedaran kepada pelajar-pelajar megenai undang-undang jalanraya disamping memenuhi aktiviti pelajar-pelajar selepas tamat peperiksaan PMR.

Pihak PLM Berjaya amat berterima kasih kepada pihak pengurusan SMK SETA, pengetua, penolong kanan, dan juga pelajar-pelajar yang menjemput pihak PLM Berjaya untuk mengadakan sesi ceramah disamping memberikan kerjasama yang sangat baik sepanjang sesi ceramah tersebut dijalankan. Diharapkan program-program berbentuk ilmu seperti ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang demi mendidik generasi muda betapa pentingnya undang-undang dan keselamatan jalanraya.