Slide 1 Slide 2 Slide 4 Slide 5 Slide 5 Slide 5 Slide 5

LATAR BELAKANG 中文翻译

Pusat Latihan Memandu Berjaya Berhad (PLMBB) ditubuhkan pada pertengahan tahun 1994.  Ia adalah gabungan pemegang Permit Sekolah Memandu (SM1) dan pengajar-pengajar sekolah memandu dan berjaya menubuhkan sebuah Institut Memandu yang diperakui oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia untuk memberikan perkhidmatan mengambil lesen memandu kepada rakyat Malaysia.

Ibu Pejabat kami bersituasi di Taman Perling, Johor Bahru yang dilengkapkan dengan Litar belajar yang terkini. Dengan beberapa tahun berusaha, PLMBB telah menubuhkan 3 cawangan besar yang berlitar di kawasan Johor Bahru iaitu di Saleng, Masai dan Taman Daya dan juga 46 buah pejabat pendaftaran di setiap sudut kawasan Johor Bahru.

PLMBB menyediakan Litar Motosikal, Kereta, Lori dan Litar Vokasional ( Treller, Bas, Teksi) baru yang memenuhi konsep litar baru JPJ. Setiap tahun, kami telah berjaya melatih lebih kurang 10,000 orang calon untuk mendapat lesen memandu pelbagai kelas yang sah.

Kami bukan sekadar untuk mengendalikan kursus-kursus dan latihan-latihan kepada pemandu-pemandu baru sahaja malah menawarkan kursus-kursus dan latihan-latihan lanjutan bagi kenderaan ringan ataupun berat seperti Kursus Lanjutan Pemanduan Kenderaan Berat.

Disamping itu, setiap tahun, kami juga memberikan ceramah Kursus Keselamatan Jalan Raya di sekolah-sekolah Menengah dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran di kalangan pelajar sekolah. 

Pihak kami amat komited untuk mengendalikan latihan yang paling baik berkaitan pemanduan demi mengurangkan kemalangan dan kematian di jalan raya.

Perling, Johor Cawagan Saleng, Johor

~ BERJAYA BERSAMA BERJAYA ~